BLOGVAGANSA
Headlines News :

SLIDE

k

Latest Post

KEPALA TERSANGKUT JERUJI

Written By Unknown on Friday, May 25, 2012 | 12:40 AM

IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menempuh saat mencemaskan apabila kepalanya tersangkut pada jeriji pintu pagar rumah hingga menyebabkan mangsa hampir lemas akibat tercekik.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.
Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam.

Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas penduduk menggunakan jek kereta untuk merenggangkan besi jeriji itu.

Kakak mangsa Farah Syahida, 18, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan pertama kali dialami walaupun adik bongsunya itu kerap bermain di pintu pagar rumah berkenaan.

Sumber berita : hmetro.com.my

PENGURUS NAFI TERIMA SUAP


KUALA LUMPUR: Bekas pengurus bahagian keselamatan sebuah syarikat pembekal tembakau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menerima rasuah sekeping cek bernilai RM20,000 daripada seorang pengurus syarikat keselamatan, empat tahun lalu.
Tertuduh, Datuk Dr Ronald Louis Richards, 50, dari syarikat JT International Tobacco Sdn Bhd (JT International) mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dihadapinya.

Beliau yang kini memegang jawatan sebagai Pengurus JT International Hong Kong didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya sekeping cek CIMB Bank bernilai RM20,000 daripada pengurus syarikat Strikeforce Security Sdn Bhd, A Kanapathy.
Cek itu dibayar kepada Syarikat Asia Pacific Flight Training bagi tujuan membiayai yuran pengajian Lesen Juruterbang Pesawat Persendirian (PPL) anaknya, Aaron Louis Pragasam, 24.

Pemberian cek itu sebagai satu upah kepada tertuduh yang terbabit dalam mencadangkan pembaharuan kontrak kerja kawalan keselamatan syarikat terbabit di JT International.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di RHB Bank Centre, Jalan Tun Razak di sini, pada 17 Jun 2008 didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama.

DUA

 BVHHHHHHHHHHHHH

DUA

 BVHHHHHHHHHHHHH

satu

dffffffffffffffffffffffffffffff

Total Pageviews

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. BLOGVAGANSA - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Premium Blogger Template